Jumaat, 24 April 2009

Kongsi Tips.

24 April 09
8.20 pm

Minggu nih genap baby dlm perut nih 31 minggu..means usia kandungan aku dah masuk ke trimester ketiga.Aku just nak kongsi beberapa gejala yang akan di alami untuk trimester ke-3 nih dan cara2 nak atasi gejala-gejala nih...(actually apa yang aku taip kat sini boleh kata sume aku dah rasa...tips nih aku cedok dari majalah pa & ma keluaran APRIL 09.

Gejala2 bagi ibu mengandung yang memasuki trimester ke-3

  • Sakit kepala dan sakit belakang.

sakit kepala mungkin akan kerap berlaku pada masa ini.Dapatkan rehat yg secukupnya terutama apabila anda berasa tertekan dan emosional.Sakit belakang berlaku apabila perut yang semakin membesar memberi kesan pada posture anda.Pakai kasut yang bertumit rendah dan ambil perhatian sewaktu duduk dan berdiri dalam posture yang betul. Jangan duduk atau berdiri terlalu lama.

  • Rasa panas.

Memang lumrah pada wanita hamil apabila mereka mengadu panas.Ia adalah tindak balas normal pada metabolik. Badan anda bekerja keras untuk menyokong bayi. Anda mungkin akan berpeluh walaupun orang lain di sekitar anda menggigil kesejukan.

  • Keletihan otot perut dan kegatalan kulit.

Kegatalan kulit di bahagian perut berlarutan hingga 3 bulan terakhir. Ia berikutan daripada pengembangan perut dan ligamen di bahagian tersebut. Pembesaran rahim dan bayi juga menyebabkan tekanan pada bahagian abdomen dan kegatalan berlaku disebabkan pengembangan kulit. Penggunaan losyen bersesuaian dapat mengurangkan masalah gatal ini.

  • Kekejangan Kaki

Ia kerap berlaku pada trimester ketiga terutama di waktu malam. Elakkan dari menghalakan ibu jari kaki ke bawah apabila anda kekejangan, sebaliknya hanya bengkokkan kaki sedikit untuk mengurangkan kejang.

  • Kebengkakan

Kaki membengkak ketika hamil adalah disebabkan oleh kandugan air yang banyak.Masalah ini berpunca dari jumlah cecair (air,darah dan air ketuban) yang ada dalam badan. Petua untuk mengatasi masalah ini sebenarnya ialah minum lebih banyak air. Bengkak boleh menjadi lebih teruk ketika cuaca panas dan juga minggu2 sebelum tarikh bersalin anda. Luruskan kaki seboleh mungkin dan jangan duduk bersilang. Kadangkala bengkak ini sebagai tanda darah tinggi atau pre-eklampsia.

  • Lelehan air kencing

Adakah anda mengamalkan senaman lantai pelvik?dengan keadaan rahim yang menekan ke bawah pundi kencing, titisan air kencing mungkin keluar sewaktu anda ketawa, batuk, atau bersin. Lelehan urine ini sebagai peringatan untuk anda melakukan senaman lantai pelvik dan berlatih kontraksi otot di bahagian vagina dan anus.

  • Bengkak gusi

Perubahan hormon turut menyebabkan pembengkakan gusi. Anda mungkin mengalami gusi berdarah apabila menggosok gigi. Gunakan berus gigi yang lembut dan terus memberus gigi.

hmmm...so ni lah...antara gejala2 fofuler yang selalu ibu2 mengandung alami.ada 2 ke 3 lagi gejala yang ada dlm majalah tuh...tapi aku just taip mana yang betul2 kerap jadik kat ibu2 mengandung...especially diri aku sendiri...he.he.he..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan